Kelas E-Learning Mari Membaca

21 Jun 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Jun 2020, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas e-learning di bilik latihan yang bermula pada jam 11:00 pagi hingga 1:00 petang. Kelas ini berlangsung diatas permintaan peserta sendiri. Kebanyakan peserta adalah berumur 10 tahun hingga 13 tahun. Namun, terdapat pelajar yang lemah dan ingin menambahbaik kemahiran mengeja serta membaca. Oleh itu, kelas ini diadakan bagi memberi ruang kepada peserta untuk mengisi masa lapang yang ada dengan menyertai kelas ini. Selain itu, peserta turut diperkenalkan dengan laman sesawang yang membolehkan mereka mencari bahan bacaan menggunakan telefon bimbit. Akhir sekali, kelas tamat pada jam 1:00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali